Pelajar didakwa sebabkan cedera, miliki kerambit

5 Jul 2024 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pelajar berusia 22 tahun didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dan memiliki kerambit di tempat awam tanpa permit.

Bagi pertuduhan pertama, Dellselwyn Selyvester mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan memiliki senjata itu pada 10.15 malam 26 Jun tahun ini di hadapan Kedai Klinik Malaysia cawangan Pantai di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia meminta dibicarakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, atas tuduhan menyerang Thing Hock Cai, 22, dengan menggunakan kerambit tersebut pada tempat dan masa yang sama.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi kes pertama, mahkamah menetapkan 6 Ogos untuk sebutan dan melepaskannya dengan ikat jamin RM7,000 berdeposit RM3,000 dan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan Dellselwyn melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan, pasportnya jika ada, untuk disimpan oleh mahkamah sehingga kesnya selesai dan memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Sementara itu, bagi kes kedua, Dellselwyn ditawarkan jaminan RM1,600 dengan dua penjamin tempatan.

Kesnya akan disebut semula pada 20 Ogos tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan manakala peguam Nartiah F.M. Sambatan mewakili Dellselwyn.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.