Pelajar diugut: Empat ditahan di Beaufort

15 Jul 2026 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pelajar diugut: Empat ditahan di Beaufort

BEAUFORT: Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes buli, termasuk perbuatan meminta wang secara berulang, dan ugutan jenayah terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Membakut, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh (gambar) berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum menjalankan risikan dan tindakan pantas yang membawa kepada penahanan kesemua suspek.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan untuk kesalahan melakukan gangguan atau perbuatan buli yang mencetuskan ketakutan dan tekanan, selain Seksyen 506 kanun sama untuk kesalahan ugutan jenayah.

“Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan selanjutnya.

“Pihak polis memandang serius sebarang bentuk buli, ugutan jenayah, pemerasan atau perlakuan yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan pelajar,” katanya.

Dalam kes lain, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Beaufort turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dalam satu serbuan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Champin berkata hasil pemeriksaan menemui dadah disyaki syabu yang dipercayai milik kedua-dua suspek.

Kedua-dua suspek dibawa ke Pejabat BSJND Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, IPD Beaufort akan terus mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan serta pengedaran dadah tanpa kompromi bagi memastikan daerah itu kekal selamat daripada ancaman dadah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved