Pelajar IPT ditahan halang tugas polis dan pandu melulu di Jeli

LocalPolitics
2 Dec 2025 • 11:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang pelajar IPT di Jeli ditahan kerana menghalang tugas polis dan memandu secara melulu ketika pemeriksaan MPV, membawa seorang remaja perempuan.

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi di Jeli ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam dan memandu kereta secara melulu.

Kejadian berlaku petang tadi ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sedang menjalankan rondaan di Kampung Sungai Rual.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata polis melihat sebuah Perodua Myvi di tepi jalan dan ingin memeriksanya.

“Pemandu terbabit memecut laju kenderaan dan enggan memberi kerjasama, menyebabkan polis mengekori kereta itu,” katanya.

Pemandu kemudian bertindak menghimpit kenderaan polis dan memandu secara melulu sebelum berjaya dipintas di Kampung Rabbana, Jeli.

Kamarulzaman berkata pemandu itu melarikan diri dan enggan bekerjasama sehingga berlaku pergelutan sebelum ditahan.

Pemeriksaan di dalam kereta menemukan seorang remaja perempuan yang masih bersekolah.

Siasatan awal mendapati kedua-duanya terkejut dengan kehadiran polis dan pemeriksaan yang hendak dijalankan.

Kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Pelajar lelaki terbabit akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 dan 279 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved