Pelajar Jepun Lindungi Aurat Kawan Islam Pengsan Ketika Bersukan

20 Jun 2023 • 4:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan pelajar Jepun melindungi seorang rakan beragama Islam yang pengsan ketika bersukan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitternya, kelihatan pelajar di sebuah sekolah Jepun mengadakan acara sukan lompat tali dalam keadaan cuaca terik.

Difahamkan juga, pelajar muslim yang dikenali sebagai Ria merupakan satu-satunya pelajar berhijab di sekolah tersebut dan dia enggan untuk membuka tudung demi menjaga auratnya.

Netizen terharu sikap kawan-kawan Ria!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu terhadap sikap positif pelajar Jepun yang sanggup melindungi aurat rakannya daripada dilihat oleh pelajar lelaki yang lain.

image is not available image is not available image is not available

Hormat orang Jepun!

Bukan itu sahaja, ramai yang menghormati orang Jepun memandangkan mereka sangat terkenal dengan budaya serta sikap terpuji antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Twitter @recehtapisayang