Lelaki Jepun Masuk Islam Selepas 20 Tahun Jadi Pencacah Tatu

16 Jun 2023 • 5:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masih ingat lagi pencacah tatu dari Jepun telah masuk Islam sehingga namanya menjadi bualan di media sosial, suatu ketika dahulu.

Menceritakan kembali kisah tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Taki Takazawa merupakan pencacah tatu selama 20 tahun dan sebelum memeluk agama Islam, dia merupakan penganut kepercayaan Shinto.

Detik-detik pengenalan Takazawa dengan Islam adalah secara tidak sengaja apabila pada suatu hari dia didatangi seorang lelaki yang serba putih. Lelaki tersebut memberikannya sebuah kertas dan menyuruh Takazawa membaca kalimat yang ada di kertas tersebut.

image is not available

Kalimat yang diucapkan Yakuza merupakan dua kalimah syahadah dan sekaligus dia memeluk Islam dan mengubah namanya menjadi Sheikh Abdullah Taqy Takazawa. Selepas dua tahun memeluk Islam, Takazawa, bertemu sekali lagi dengan lelaki misteri itu dan ternyata lelaki tersebut adalah imam di Masjid Nabawi, Madinah.

Apabila sudah bergelar seorang mualaf, dia mula bergiat aktif dalam aktiviti dakwah di negaranya. Takazawa pernah mempelajari pelbagai agama untuk mencari pegangan dalam hidup dan kini telah menemukan hidayah sebenar dalam Islam.

image is not available

Pada 2008, dia mendapat undangan dari pemerintah Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji sebelum melanjutkan pelajarannya di sana.

Selepas Takazawa selesai pengajian agama Islam di Arab Saudi, dia kemudian pulang ke negaranya dan diangkat menjadi imam di sebuah masjid di daerah Kabukicho, Tokyo.

image is not available

Nama Takazawa sehingga kini terkenal kerana usaha dakwahnya dan menjadi salah seorang di antara 5 imam masjid besar di Jepun.

image is not available

Sumber: YouTube VICE Japan