Pelajar Jepun Teruja Jumpa Tun M, Siap Beratur Nak Salam Tangan 

11 Aug 2025 • 2:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelajar Jepun Teruja Jumpa Tun M, Siap Beratur Nak Salam Tangan

“Hormat tak boleh dibeli dengan duit. Ia mesti diperoleh dengan usaha, bukan dipaksa.”

Itulah kata seorang netizen selepas menonton video tular memaparkan detik manis sekumpulan pelajar Jepun bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dipercayai di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Dalam video tersebut, kelihatan barisan pelajar Jepun beratur dengan sopan, menunggu giliran untuk bersalaman dengan Tun M.

Wajah mereka jelas menunjukkan rasa kagum dan teruja, macam jumpa idola yang selama ini hanya mereka kenal melalui buku atau berita.

Paling comel, seorang pelajar lelaki tinggi lampai kelihatan tersipu-sipu malu, siap “blushing” macam peminat tegar bertemu selebriti kegemaran.

Tun M pula membalas dengan senyuman mesra melayan kerenah setiap pelajar.

@karibmudin

Pelajar sekolah di jepun terserempak Tun sewaktu berhenti rehat di hentian R&R. #japan #tunmahathir #mahathir #tun #mahathirmohamad #tunm

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Walaupun Tun Mahathir kini tidak lagi memegang jawatan tertinggi, ternyata namanya masih segar dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Bukan saja generasi lama, malah anak muda dari negara luar pun mengenali beliau.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berseloroh sambil mengaku ‘cemburu’ sebab belum pernah berpeluang jumpa Tun secara berdepan.

“Kenapa aku rasa sebak ni? Aku duduk Malaysia pun tak pernah jumpa, apatah lagi bersalam.”