Sofyank teruja dapat jumpa Jackie Chan di Beijing – “Tak sempat nak shoot video VFX..”

EntertainmentLifestyle
6 Aug 2025 • 8:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pencipta kandungan popular, Sofyank teruja apabila diberikan peluang untuk bertemu dengan pelakon lagenda aksi dunia, Jackie Chan semasa berada di Beijing baru-baru ini.

Menurut Sofyank, dia merancang untuk menghasilkan video kesan khas (VFX) bersama pelakon itu, namun hasratnya itu terpaksa dibatalkan disebabkan kekangan masa.

Sofyank teruja

image is not available

“Alhamdulillah waktu di Beijing, kami berpeluang untuk berjumpa dengan aktor lagenda, iaitu Jackie Chan.

“Plan asal kami akan shoot video vfx bersama dengan Jackie Chan, tetapi disebabkan kesuntukan masa, tidak sempat untuk kami tunaikan plan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk bertemu dengan pelakon lagenda disegani dunia itu malah, menyuntik semangatnya untuk menghasilkan kandungan video yang lebih berkualiti.

Sofyank teruja

image is not available

“Tapi tak mengapa, memori bertemu mata dengan seorang lagenda dunia yang sering mewarnai kaca tv zaman kanak-kanak kita semua dulu, sudah cukup memadai untuk kami.

“Pertemuan kali ini menambahkan lagi semangat baru dalam diri kami untuk terus menghasilkan konten dan kami akan terus cuba mewarnai dan menghiburkan hari-hari korang semua dengan konten yang kami hasilkan.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang satu hari nanti, kami akan hasilkan “konten” untuk ditayangkan dilayar perak pula. Doakan tau!” katanya.

Terdahulu, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah berpeluang bekerjasama dengan aktor terkemuka Hollywood, Tom Cruise menerusi penggambaran video VFX di Jepun.

Sumber: Instagram @Sofyank