Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?

Entertainment
25 Oct 2022 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada tahun ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan peranti siswa kepada pelajar yang berkelayakan. Namun, ada segelintir pelajar yang memilih untuk menjual semula peranti tersebut untuk membeli iPad. Patut ke diaorang buat macam tu?

Telah tular baru-baru ini, seorang pelajar telah cuba untuk menjual tablet itu secara atas talian. Bagaimanapun, ramai mengetahui bahawa itu adalah peranti siswa yang diberikan oleh kerajaan sebagai inisiatif bantuan kepada pelajar IPT.

image is not available

Menerusi perkongsian di Facebook itu, pelajar tersebut hendak menjual peranti siswa berkenaan untuk membeli iPad dengan alasan, pembelajaran kini memerlukan banyak penulisan untuk membuat nota.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pelajar tersebut. Malah, ada warganet yang berkata pelajar tersebut tidak bersyukur dan menyalahgunakan inisiatif bantuan kerajaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Setelah isu ini tular di laman sosial, ia telah menangkap perhatian Syed Saddiq yang juga telah memberikan komen tentang isu ini melalui media sosial Twitter beliau.

Dia mengesa agar pelajar tersebut tidak menjual peranti siswa tersebut kerana bukan semua pelajar yang mendapat bantuan berkenaan. Beliau menambah yang, separuh daripada pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai gajet untuk tujuan pembelajaran.

“Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan lagi,” menerusi ciapan beliau.

Min rasa tak patut pelajar ni jual peranti tu, ramai lagi dekat luar sana yang masih belum dapat peranti siswa dorang..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.