Selepas Seminggu Isu Jadi Baru Firdaus Wong Tampil Undang Pertikaian

LocalOpinion
3 Mar 2026 • 1:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung akhirnya tampil menjelaskan sebab beliau hanya bersuara selepas seminggu berhubung isu pelajar yang didakwa memijak al-Quran.

Menerusi hantaran di Threads, beliau menegaskan tindakannya bukan kerana sengaja melengahkan masa, sebaliknya mahu memastikan maklumat yang diterima benar-benar tepat sebelum mengulas

Pertama, saya tahu isu itu tetapi tidak mendalam. Apabila saya tiada masa untuk mengkaji lebih mendalam, saya lebih rela berdiam dari menulis sebagaimana sabda Nabi, berkata baik ataupun diam.

Teliti maklumat sebelum buat kenyataan

View on Threads

Menurut Firdaus, beliau hanya berkesempatan meneliti isu tersebut secara terperinci pada tengah malam sebelum mengeluarkan kenyataan terbuka.

Tambahnya, selepas membaca butiran peribadi individu dikenali sebagai Vikneswaran yang dikongsikan netizen, beliau mendapati maklumat tersebut adalah sama sepenuhnya termasuk nombor telefon.

“Saya bukan jenis gelojoh ulas semua isu” – Firdaus Wong

image is not available

Firdaus turut menjelaskan kekangan masa yang dihadapinya, termasuk menguruskan isu kuil haram, rampasan reruai oleh DBKL serta komitmen perniagaan.

Ketiga dan mungkin terpenting, saya bukan jenis ‘done enter the scene’ dan gelojoh nak ulas semua isu seperti sesetengah pihak.

Sosial media adalah platform aktivisme saya & saya perlu menulis dengan tanggungjawab & berfakta bukan jenis janji hentam & ada engagement sahaja.

Terdahulu, beliau mendakwa individu terlibat merupakan seorang mualaf dan pernah berhubung rapat dengannya. Namun, tindakannya hanya bersuara selepas seminggu tetap mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen.

Pssttt! Dalam isu sensitif, lebih baik semak dan teliti sebelum bersuara. Reaksi cepat belum tentu tepat, kebenaran perlukan penelitian.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Selepas Seminggu Isu Jadi Baru Firdaus Wong Tampil Undang Pertikaian appeared first on Oh! Media.