Pelajar Kolej Ditemui Meninggal Dunia, Tergantung Pada Kipas Di Rumah

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 7:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar kolej yang ditemui tergantung pada kipas di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1 pada Khamis lalu disahkan mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekeliling tulang leher (hyoid bone).

“Pakar patologi juga mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang mangsa adalah akibat ‘manual strangulation’ (cekik). Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

image is not available

Wan Azlan menambah, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan motif kejadian.

Pelajar Kolej Ditemui Meninggal Dunia

Menurutnya, sebelum itu Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan pada jam 11.55 pagi memaklumkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditemui tergantung pada kipas di rumahnya.

Pemanggil adalah bapa mangsa yang menemui anaknya dalam keadaan tergantung di ruang tamu tingkat dua rumah terbabit.

“Pembantu perubatan yang ke lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

image is not available

Wan Azlan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu di media sosial.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil memberi kerjasama melalui talian 03-278627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Zainol Aazizi Abu Bakar di talian 013-3227632.

image is not available

Terdahulu, tular satu hantaran di Threads yang mendakwa berlaku satu kejadian di USJ 2 melibatkan kematian seorang kanak-kanak di dalam rumah, dipercayai akibat rompakan

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismail Ismail)