Pelajar KVC dominasi FesKoV di Putrajaya

LocalEntertainment
14 Jul 2025 • 12:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Johan Aziz

Kota Kinabalu: Ikmal Rezza J. Padasian dan kumpulan D’Buvazoi dari Kolej Vokasional Keningau (KVC) muncul sebagai juara dalam pertandingan nyanyian solo lelaki dan Battle of The Band sempena Festival Kesenian Kolej Vokasional Kebangsaan (FesKoV) yang diadakan di Lobi Shaftsbury, Putrajaya baru-baru ini.

Ikmal yang menyanyikan lagu Ku Cinta Padamu turut menerima Anugerah Vokal Terbaik dalam pertandingan terbabit sementara kumpulan D’Buvazoi yang mempersembahkan lagu Beggin’, Garhana Cinta Luka dan Juwita turut menerima Anugerah Khas daripada penganjur, iaitu Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan.

D’Buvazoi terdiri daripada Therrence Soan Roystand, Angelbert Lasung Smd Robert, David Benny Ujan Benyamin, Christoper Lajurus, Brandon Zachary David dan Ikmal Rezza, semuanya pelajar KVC.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Band terbabit membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM2,600.

Mereka dibimbing dan dilatih oleh dua guru, Syuaib Samijan dan Bibiana Paulus.

Sementara itu, tempat kedua dalam pertandingan nyanyian solo lelaki dimenangi oleh Muhd Ammar Thaqif Waridi dari Kolej Vokasional (KV) Sungai Petani 2 manakala tempat ketiga diraih oleh Muhd Ajmal Ajmain Muhd Khairi dari KV Melaka Tengah.

Kumpulan Sangka Lela dari KV Dato Lela Maharaja memenangi tempat kedua dalam pertandingan Battle of The Band manakala kumpulan The Vocamp dari KV Ampangan di tempat ketiga.

Festival kesenian ini yang menampilkan dua kategori nyanyian turut menganjurkan pertandingan nyanyian solo wanita dan duet, yang masing-masing dimenangi oleh Kolej Vokasional Bintulu, Sarawak dan Kolej Vokasional Kudat, Sabah.

Pengarah KVC Lumang anak Lang, yang hadir sepanjang festival termasuk semasa konsert dan segmen pertandingan, menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian pelajar.

Tegasnya, pendidikan di kolej vokasional turut memberi keutamaan kepada pembangunan bakat dalam bidang seni seperti nyanyian dan persembahan muzik, selain bidang lain seperti sukan, inovasi, pertandingan kemahiran dan bahasa. Majlis penutupan acara itu disempurnakan oleh Pengarah BPLTV Zulkernai Fauzi.