Pelajar ‘lalok’ dalam kelas rupanya positif tiga jenis bahan terlarang

5 Nov 2026 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelajar sekolah menengah yang videonya tular kerana dipercayai berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah di Nilai disahkan positif tiga jenis dadah menerusi ujian saringan awal urin, lapor Kosmo! Online.

Hasil ujian yang dilakukan pada 28 Oktober lalu mendapati pelajar berkenaan positif ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC).

Image from: Pelajar ‘lalok’ dalam kelas rupanya positif tiga jenis bahan terlarang

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mula mengesan video memaparkan pelajar terbabit yang dimuat naik di media sosial Threads pada 4 November lalu sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Bagaimanapun, keputusan ujian saringan awal urin berkenaan masih tertakluk kepada pengesahan lanjut.
“Satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu dan pelajar berkenaan akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan Kosmo! Online.

Sebelum ini, media melaporkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Sharieza Ismail)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved