Pelajar lelaki ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap rakan sekolah

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 5:42 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SABAK BERNAM – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini, Isnin lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika waktu rehat dan melibatkan mangsa berusia 15 tahun yang juga rakan sekolah suspek.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum menahan remaja terbabit di tepi jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar pada hari sama.

“Suspek yang merupakan pelajar sekolah itu telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tambahnya, pihak polis memandang serius kes melibatkan gangguan seksual di sekolah dan menasihatkan ibu bapa serta guru untuk lebih peka terhadap tingkah laku pelajar bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved