Pelajar Lelaki Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Dibelasah Rakan Asrama Di Lahad Datu

23 Mar 2024 • 10:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelajar kolej vokasional di Lahad Datu yang berusia 17 tahun telah ditemukan meninggal dunia di asramanya awal pagi Jumaat.

Muhd Nazmie Aizat Muhd Nazrul Azwan pada mulanya telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di atas lantai di dalam sebuah asrama pada jam 6.50 pagi oleh warden.

image is not available

Muhd Nazmie kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan setelah pihak hospital datang untuk memeriksa keadaannya dan memberi rawatan kecemasan setelah dihubungi oleh pihak sekolah.

Mangsa dipercayai telah dipukul kerana terdapat kesan lebam dan kecederaan pada badannya, lapor Astro AWANI.

Laporan polis telah dibuat dan difahamkan, seramai 13 orang pelajar lelaki di kolej vokasional itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Selain itu, alat pengecas telefon pintar turut dirampas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes.

image is not available

Menurut ACP Dr Rohan Shah Ahmad iaitu Ketua Polis Daerah Lahad Datu, kes kematian pelajar itu dipecayai berlaku akibat perselisihan faham antara penghuni-penghuni asrama dengan mangsa.

Kes kini sedang disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak polis.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.