“Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]

24 Jun 2026 • 4:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah, semua pemandu sesebuah kenderaan diwajibkan untuk berhenti.

Jika berada di kawasan sekolah pula, setiap pengguna jalan raya perlu cakna dan memperlahankan kereta, motosikal, ataupun kenderaan berat bagi memastikan keselamatan para murid terjamin.

Namun begitu, sesetengah orang masih tidak ada common sense tentang perkara itu.

Pemandu Myvi & Nissan Almera Selamba Pecut & Potong Lampu Merah Walau Ada Murid Sedang Melintas

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki mendedahkan kelakuan pemandu Myvi dan Nissan Almera edisi Kuro yang selamba memotong lampu isyarat merah meskipun menyedari sekumpulan murid sedang melintasi laluan zebra dipercayai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, Selangor.

Menerusi rakaman dashcam yang dikongsi, kelihatan kedua-dua kereta itu sudah pun memperlahankan kenderaan kerana terdapat bonggol di kawasan lampu isyarat.

Myvi Pecut Langgar Lampu Merah Selepas Melepasi Bumper, Nissan Almera Ekori Dari Belakang

Namun selepas melepasi bumper tersebut, pemandu Myvi dengan pantas memecut dan melanggar lampu merah. Mungkin disebabkan melihat pemandu Myvi berani melakukan aksi itu, pemandu Nissan kemudian mengekorinya daripada belakang.

Dalam video sama, kelihatan juga sekumpulan murid sedang melintasi dari jalan seberang. Meskipun tiada kemalangan jiwa berlaku di tempat kejadian, namun perbuatan terbabit jelas berbahaya dan mampu meragut nyawa golongan pelajar.

Pelajar Sekolah Nak Melintas, Kau Boleh Tekan Minyak? – Pemilik Dashcam

Perkara ini turut membuatkan pemilik dashcam berasa berang dengan sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang sekeliling.

“Seriuslah bro! Lampu merah tanda berhenti. Budak sekolah nak melintas jalan. Kau boleh tekan minyak lagi?” soalnya.

View on Threads

Ramai Macam Ni, Siap Tekan Hon Suruh Langgar Lampu Merah – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan tindakan pemandu yang memandu secara berbahaya di kawasan sekolah.

“Tahulah dah lambat nak cepat. Masa macam ni apa pun semua nak cepat. Tapi ni memang tak ada common sense langsung. Kata tak pandai nanti tahu pula marah,” kata seorang individu.

“Ramai je sebenarnya tak ada hati perut macam ni. Selalu sangat jumpa. Kadang tu menekan-nekan tekan hon suruh kita jalan (langgar lampu isyarat),” tambah seorang lagi netizen.

Kejadian Sama Didakwa Kerap Terjadi Di Bandar Saujana Putra

Malah ada yang berkata kejadian sama sering kali berlaku di kawasan terbabit.

“Kebanyakan orang sekitar BSP ni pentingkan diri sendiri. Waktu peak hours (waktu puncak) pun nak tibai langgar lampu isyarat,” ujar seorang pengguna Threads.

Buat Aduan Di MyJPJ – Netizen

Sementara itu, ramai juga meminta agar si pemilik dashcam melaporkannya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di MyJPJ, agar pemandu bersalah dikenakan hukuman setimpal.

“Report je dekat aplikasi MyJPJ, semua info dah ada tu. Ramai buat aduan, mungkin tebal kamus surat saman sampai,” kata seorang lelaki.

Sebagai info, pengguna boleh menyalurkan aduan lalu lintas menerusi aplikasi e-aduan@JPJ bagi sembilan kesalahan berikut:

  1. Gagal Mematuhi Lampu Isyarat Merah
  2. Memotong Garisan Berkembar
  3. Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu
  4. Memandu Di Lorong Kecemasan
  5. Tidak Memakai Talipinggang Keledar / Topi Keledar
  6. Memotong Sebelah Kiri
  7. Memotong Barisan
  8. Cermin Gelap
  9. Nombor Plat Fancy

Cara Buat Laporan Di MyJPJ

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ (AppStore/Playstore)
  2. Daftar ID Awam diplatform atau di JPJ Portal (www.jpj.gov.my)
  3. Log Masuk
  4. Pastikan Data GPS diatifkan
  5. Pilih kesalahan yang bersesuaian
  6. Muat naik gambar/video/pautan berkaitan kesalahan
  7. Lengkapkan maklumat yang disediakan
  8. Hantar
  9. Perakuan sebagai saksi JPJ

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]
Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]
Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]
Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]
Image from: “Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Rider Motor Selamba Langgar Lampu Merah Hingga Rempuh Pelajar Sekolah Bikin Ramai Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rakaman Dashcam Pemandu Wanita Terlanggar Pelajar Sekolah Sedang Melintas Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved