Pelajar Luar Negara Buat Kejutan Pada Keluarga Selepas 4 Tahun Tak Balik Malaysia Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Entertainment
20 Apr 2023 • 5:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Berjauhan daripada keluarga demi mengejar cita-cita pasti bukannya sesuatu yang mudah, perasan sedih dan rindu itu sentiasa akan bermain di fikiran.

Malah ibu bapa juga akan merasakan perkara yang sama, bahkan perasaan rindu terhadap anak-anak yang berada jauh dari pandangan mat aitu lebih dalam lagi.

Pelajar luar negara buat kejutan pada keluarga selepas pulang ke Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di India telah membuat kejutan kepada keluarganya apabila pulang ke tanah air tanpa pengetahuan mereka.

Pelajar wanita yang dikenali sebagai Aishah Budiman itu memuat naik perkongsian video terbabit menerusi akaun tiktok miliknya.

Buat kejutan lepas 4 tahun tak balik Malaysia

Menurut Aishah, kejutan kepada ahli keluarganya itu dibuat selepas empat tahun dia tidak pulang ke tanah air kerana pengajian.

“Empat tahun tak balik raya, ya Allah Alhamdulillah. Full vlog dekat YouTube saya.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ibu terkejut sampai merajuk

Namun dari reaksinya, jelas beliau sebenarnya terharu dan gembira dengan kepulangan anaknya walaupun menyebut perkataan, “taknak kawan”.

Pun begitu, Ibu Aishah seakan merajuk apabila enggan menyambut salam yang dihulurkan oleh anak perempuannya itu.

@aishahbudiman

4 tahun tak balik raya🥺 Ya Allah, alhamdulillah. Full vlog dekat youtube saya; Aishah Budiman. Jangan lupa tengok hehe #raya2023 #raya #surprise #family #ramadan #ramadhan

♬ Jikalau Kau Cinta – 𝘿𝙄𝙇🎧

Video terbabit raih pelbagai reaksi netizen

Video berdurasi 29 saat yang mendapat lebih 300 ribu tanda suka dan 6 juta jumlah tontonan itu ternyata meraih pelbagai reaksi netizen.

Segelintir pengguna media sosial berseloroh dengan mengatakan tindakan ibunya yang merajuk dan tidak menangis itu adalah melawan hukum kejutan.

image is not available

image is not available

image is not available

Video penuh di YouTube:

Source: