Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Di Norway Ditahan, Didakwa Terlibat Aktiviti Pengintipan

Entertainment
12 Sep 2023 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengintipan atau mengintip ialah kaedah mendapatkan maklumat yang dianggap rahsia atau sulit dengan tanpa kebenaran si pemegang maklumat. Majoriti negara di dunia mewartakan perbuatan ini dikira sebagai jenayah.

Terbaru, seorang warganegara Malaysia yang berusia 25 tahun telah ditahan di Norway kerana didakwa melakukan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

image is not available
Gambar hiasan

Menurut laporan Astro AWANI, suspek telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) yang bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu pada Jumaat.

Ia susulan pergerakan kereta sewa suspek dirakam oleh kamera pengawasan yang dipasang di luar pejabat kerajaan yang dipercayai menjadi sasarannya.

Difahamkan, suspek telah menafikan dakwaan itu dan memberitahu perbuatannya itu tiada kaitan dengan Malaysia.

Suspek juga merupakan seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway malah menurut laporan yang sama, dia hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Penangkapan suspek dibuat pada 8 September lalu, dia kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Selain itu, pihak PST turut mengesyaki suspek tidak melakukan perkara ini berseorangan, sebaliknya ramai lagi individu yang diburu dan bakal ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.