Pelajar Malaysia di Jordan meninggal dunia selepas tunai umrah.'Satu pemergian yang dicemburui'

15 Feb 2025 • 11:07 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Allahyarham Nur Ain Nabila telah menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan serangan jantung.

Pelajar jurusan Fiqh Wa Usuluh, Universiti Mu’tah, Jordan, Nur Ain Nabila Mohd Damin, 19, dilaporkan meninggal dunia selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah 11 Februari lalu.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan serangan jantung.

Rakan arwah yang dikenali Mohamad Syahmiel Izzuwa Mohamad Rosly telah berkongsi cerita saat-saat akhir sahabatnya itu sebelum dia 'pergi'

"Nur Ain Nabila tiba di Mu’tah dengan menaiki bas selepas selesai menunaikan umrah bersama rombongan pelajar lain.

"Dia pengsan secara tiba-tiba di dalam bas dan dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.

"Pihak hospital melakukan CPR sebaik saja arwah tiba di wad kecemasan kemudian keadaan arwah kembali normal.

"Namun lebih kurang 10 minit kemudian, bacaan jantungnya dikatakan semakin menurun dan lemah sebelum meninggal dunia," katanya seperti dipetik menerusi portal Berita AlHijrah.

Dalam pada itu, Syahmiel memberitahu jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mu’tah, Jordan sebaik sahaja selesai diuruskan di Hospital Karak, Jordan.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini dan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved