Pelajar maut dibuli: Mangsa dipukul berkali-kali dengan getah paip

29 Sep 2026 • 4:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar maut dibuli: Mangsa dipukul berkali-kali dengan getah paip

SEREMBAN – Pelajar tingkatan dua yang maut dibuli di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, Jumaat lalu dibelasah dua pelajar senior pada malam kejadian sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selain dipukul, tapak kaki mangsa, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq, 14, turut disebat berkali-kali dengan menggunakan paip getah oleh dua pelajar tingkatan empat.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad yang memberitahu, pada mulanya, mangsa diarahkan mengambil getah paip oleh seorang senior di bilik air sebelum dibawa ke bilik asrama di tingkat dua.

Mangsa dipercayai dipukul terlebih dahulu di bilik senior berusia 16 tahun tersebut di tingkat satu sebelum dibawa ke bilik suspek utama di tingkat dua.

“Mangsa diarah supaya duduk sebelum tapak kakinya dipukul beberapa kali menggunakan paip getah.

“Selepas itu, mangsa diminta berdiri dan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan di bahagian depan dan belakang badan sehingga terjatuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Alzafny berkata, selepas melihat keadaan mangsa yang semakin kritikal, mangsa kemudian dibaringkan di atas katil dengan salah seorang suspek cuba memberikan bantuan pernafasan.

Oleh kerana keadaan mangsa yang parah, mereka segera menghubungi warden, sebelum Muhammad Idlan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan disahkan meninggal dunia.

Menurut Alzafny, siasatan mendapati kejadian melibatkan dua suspek berusia 16 tahun.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan keluarga pelajar yang mati dibunuh di asrama di Kuala Pilah mahu pihak sekolah menjelaskan hal sebenar mengenai kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar maut dibuli: Mangsa dipukul berkali-kali dengan getah paip appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved