Pelajar maut dirempuh kereta dipandu anggota polis langgar lampu merah

LocalPolitics
2 Aug 2025 • 3:45 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Meninggal dunia selepas 3 hari bertarung nyawa

Seorang pelajar lelaki tingkatan empat yang parah selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta dipandu anggota polis, meninggal dunia malam kelmarin selepas hampir tiga hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Mangsa, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Pekan Guar Chempedak pada Isnin lalu.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Alwustha, Guar Chempedak dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Baca juga:

CCTV rakam kereta polis langgar lampu merah

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah berkata, siasatan awal berdasarkan rakaman CCTV mendapati kereta jenis Perodua Axia yang dipandu anggota polis terbabit tidak berhenti di lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal mangsa yang baru memulakan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Pemandu kereta dikenal pasti sebagai anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan. Kami tidak berkompromi dengan kecuaian seperti ini,” katanya.

Gambar di sekitar lokasi kejadian | Sumber gambar: Orang awam

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan pihak polis memberi jaminan siasatan dilakukan secara telus dan terperinci terhadap semua laporan berkaitan insiden ini.

Sumber: Buletin TV3