
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Sekolah
Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah swasta di Seremban dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah tersebut pada Khamis.
Kejadian tragis ini difahamkan berlaku sekitar jam 6 pagi, sejurus mangsa berusia 16 tahun itu tiba di sekolah.
Walau bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pihak sekolah menyatakan bahawa mereka segera menghubungi ambulans setelah menyedari insiden berkenaan.
“Malangnya kakitangan perubatan mengesahkan pelajar itu telah pun meninggal dunia dan kejadian berlaku masih dalam siasatan polis.
“Pihak sekolah juga akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan dilakukan,” katanya.
Selain itu, mereka juga menyampaikan rasa dukacita dan memohon maaf atas kejadian yang berlaku, serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Difahamkan, jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan insiden ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Sinar Harian
The post Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Sekolah appeared first on Siakap Keli.



