Pelajar maut, rakan cedera kemalangan motosikal di Jalan Sungai Buaya

6 Oct 2026 • 8:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelajar maut, rakan cedera kemalangan motosikal di Jalan Sungai Buaya

SHAH ALAM, 6 OKT: Pelajar lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dua motosikal bertembung dalam kemalangan di Jalan Sungai Buaya, Hulu Selangor petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kedua-dua pelajar terbabit dikatakan dalam perjalanan dari sekolah menuju ke Loji Bandar Sungai Buaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan M Manimaran berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 3.22 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal yang berada di lorong kanan dipercayai membuat pusingan U.

“Penunggang sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum merempuh motosikal berkenaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Manimaran berkata impak pelanggaran menyebabkan seorang daripada pelajar terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Seorang lagi mangsa patah tangan kanan dan dibawa ahli keluarga ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved