Pelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - Jiran

6 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - Jiran
Pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh kekasihnya di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2, Kuantan.
Image from: Pelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - Jiran
Polis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada teman lelaki mangsa yang memaklumkan kejadian tersebut.
Image from: Pelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - Jiran
Jiran berkata, lelaki berkenaan merupakan individu pertama yang dilihatnya bersama mangsa sejak sebulan lalu.

KUANTAN - Seorang jiran mendakwa kali terakhir melihat pelajar perempuan berusia 19 tahun yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2, di sini, bersama teman lelakinya sebelum kejadian.

Jiran yang enggan dikenalinya, 40, itu berkata, sepanjang lebih enam bulan mengenali mangsa, dia tidak pernah melihat pelajar berkenaan berdepan sebarang masalah.

Menurutnya, lelaki berkenaan merupakan individu pertama yang dilihatnya bersama mangsa sejak sebulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh di bilik sewa

**media[3669520]**

“Semalam (Isnin) saya nampak mangsa jalan kaki bersama seorang lelaki dan bila ditanya, mereka beritahu itu teman lelakinya.

"Pagi tadi, bila dapat tahu kejadian seperti ini, kami semua terkejut dan tak tahu apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Jalan Air Putih di sini pada Selasa.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada teman lelaki mangsa yang memaklumkan kejadian tersebut.

Jiran yang juga peniaga bunga itu berkata, mangsa bersama tiga rakan perempuannya kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

**media[3669521]**

Ujarnya, sebagai jiran, dia mengakui turut menegur mereka supaya berhati-hati ketika keluar berjalan kaki.

“Semasa kali pertama ibu mangsa datang, dia ada pesan supaya jaga anaknya. Kita pun kalau nampak mereka berjalan, kita tegurlah, ‘adik, jaga-jaga’ sebab semua budak perempuan," ujarnya.

Sementara itu, rakan kepada mangsa yang juga enggan dikenali, 19, berkata, mangsa merupakan kenalan biasa walaupun belajar dalam kelas berbeza di sebuah institusi pengajian tinggi di daerah ini.

Menurutnya, mangsa juga seorang yang banyak bercakap dan suka ketawa ketika bersama rakan-rakan.

“Saya baru kenali mangsa beberapa bulan lalu dan dia memang baik, soft spoken dan selalu tolong orang,” katanya ringkasnya.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved