Pelajar Orang Asli Kalahkan 15 Negara! Rangkul Emas IRO 2025, Robot ‘Rover’ Tawan Dunia

LocalTechnology
24 Dec 2025 • 12:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila merangkul pingat emas Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) pada Olimpiad Robot Antarabangsa ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast.

Kejayaan membanggakan itu dicapai menerusi ciptaan robot ‘rover’ yang direka khas bagi mengkaji permukaan Marikh, sekali gus menewaskan pasukan dari 15 negara lain dalam pertandingan berprestij berkenaan.

Pelajar Orang Asli Kalahkan 15 Negara

image is not available

image is not available

Guru pengiring pasukan, Muhammad Fakhri Che Lah berkata, kejayaan di luar jangkaan itu merupakan hasil persediaan rapi yang dilakukan murid-muridnya sepanjang tahun ini.

“Persediaan dibuat melalui latihan berterusan di sekolah dengan murid-murid membangunkan pelbagai reka bentuk robot berdasarkan tema angkasa, sebelum memilih reka bentuk paling sesuai semasa pertandingan,” katanya pada Selasa.

image is not available

Sementara itu, ahli pasukan, Vyonnie Jezzy James Marcel, 12, berkata, beliau tidak menyangka pasukannya mampu muncul juara memandangkan tugasan pertandingan menuntut tindakan pantas dan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Ada susah, ada senang. Masa yang diberi empat jam tapi dalam tiga jam setengah kami dapat siapkan robot tu…kami menggunakan dua sensor iaitu high screen line dan ultrasonic,” katanya.

image is not available

image is not available image is not available

image is not available

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Pembelajaran dan Pusat Satelit Petrosains, Norhana Hamim berkata, kejayaan itu membuktikan keberkesanan pendekatan inklusif Petrosains Tech4All dalam memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Apa yang kita saksikan hari ini ialah kejayaan yang sangat-sangat bermakna. Ini menunjukkan keberkesanan program apabila anak-anak ini diberikan platform yang betul, program yang bertepatan dengan latar belakang mereka,”ujar Norhana Hamim.

Beliau turut menegaskan, pencapaian berkenaan secara tidak langsung menolak stigma bahawa pelajar Orang Asli tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, kontinjen Malaysia ke IRO 2025 membabitkan 15 pelajar Orang Asli daripada lima sekolah rendah dan berjaya membawa pulang pingat gangsa serta tiga Anugerah Teknikal, hasil kerjasama strategik antara Petrosains, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Offshore Petroleum Industry Training Organisation.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Malaysia, BERNAMA

The post Pelajar Orang Asli Kalahkan 15 Negara! Rangkul Emas IRO 2025, Robot ‘Rover’ Tawan Dunia appeared first on Borak Daily.