Pelajar perempuan berjaya selamatkan diri daripada diculik

14 May 2026 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar perempuan berjaya selamatkan diri daripada diculik
Syed Basri (gambar kecil) berkata, mangsa membuat laporan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

ALOR SETAR - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik di Pekan Simpang Kuala di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian pada jam 8.26 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dihampiri suspek lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.

“Semasa mangsa berjalan melalui lorong di pekan itu, suspek memberhentikan motosikal di hadapan mangsa dan terus memeluk serta menutup muka mangsa dengan menggunakan tangan.

“Mangsa berjaya melarikan diri selepas menggigit tangan suspek dan terus berlari ke pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata, mangsa membuat laporan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Kita juga meminta bantuan pihak forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk mendapatkan sampel di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta suspek diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved