Pelajar Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat Dua Bangunan Sekolah

20 Jul 2023 • 9:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelajar Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat Dua Bangunan Sekolah

MELAKA, 20 Julai (Bernama) — Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolah itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama sekolah terbabit.

“Tiada saksi yang nampak mangsa terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di sekitar kawasan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat.

Sumber: Bernama