Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah

20 Jul 2023 • 9:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolah itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama sekolah terbabit.

“Tiada saksi yang nampak mangsa terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di sekitar kawasan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved