Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

23 Mar 2024 • 1:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.26 pagi.

"Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tempat yang tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam," katanya. - 23 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved