Pelajar Perubatan M*ut Ditikam Rakan Sebilik Sebab Kucing

6 May 2025 • 12:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pelajar wanita berusia 23 tahun ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman selepas bertengkar bersama rakan sebiliknya di Houston, Amerika Syarikat.

Tamilore Odunsi yang merupakan seorang pelajar jurusan perubatan mati selepas bertengkar dengan rakan sebiliknya Chester Lamar Grant dipercayai kerana kucing yang menjadi haiwan peliharaan mereka.

Odunsi dan Grant baru berkongsi bilik selama dua bulan.

Menerusi kronologi kes, pihak polis telah memeriksa kediaman pelajar sebelum melihat kesan darah di hadapan bilik dan  menemui Odunsi dengan beberapa tikaman manakala Grant dengan hanya satu tikaman, lapor People.

Keduanya dilaporkan telah bertengkar mengenai kucing mereka sehari sebelum kejadian sehingga membawa kepada kes pembunuhan dengan Grant menikam Odunsi.

Odunsi kemudian disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala Grant menikam dirinya sendiri enam kali termasuk di leher dalam usaha membunuh diri.

Dia bagaimanapun selamat dan menerima rawatan di hospital sebelum didakwa atas tuduhan membunuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved