Pelajar SBP meninggal dunia di Kuala Kangsar, JPN Perak arah sekolah bantu siasatan polis

18 Nov 2026 • 9:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri itu pada Rabu.

Menerusi kenyataan media, JPN Perak memaklumkan pihaknya sedang mengikuti perkembangan kejadian berkenaan secara dekat selepas pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di kawasan sekolah.

JPN Perak zahir dukacita

Dalam masa sama, jabatan itu turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan, selain mengambil langkah menyediakan sokongan emosi kepada warga sekolah yang terkesan.

“JPN Perak turut menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian murid berkenaan.
“Selain itu, JPN Perak sudah menyelaras penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Image from: Pelajar SBP meninggal dunia di Kuala Kangsar, JPN Perak arah sekolah bantu siasatan polis

Selain memastikan pihak sekolah membantu siasatan polis, JPN Perak turut memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga mangsa.

Menurut jabatan berkenaan, komunikasi dengan keluarga pelajar akan dilaksanakan secara berhemah dan penuh empati, selain memastikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian disalurkan secara berterusan.

Dalam pada itu, JPN Perak mengingatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa dan mengelakkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya menerusi media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved