Pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang KTM, mohon doa bergelar hafiz & hafizah

8 Oct 2023 • 2:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
pelajar sedekah al-Quran

Video sekumpulan pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang kereta api (KTM) baru-baru ini telah mendapat perhatian.

Pelajar sedekah al-Quran, mohon doakan jadi hafiz & hafizah

Menerusi perkongsian video dari hazim.aqil, dia memaklumkan yang pelajar sedekah al-Quran itu merupakan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATM Bera, Pahang. Mereka juga mengedarkan naskah al-Quran kepada para penumpang beragama Islam di dalam KTM itu secara percuma.

Ujarnya, pelajar-pelajar berkenaan hanya mengharapkan agar para penumpang dapat mendoakan mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah pada masa hadapan.

“Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

@hazim.aqil

Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat. #education #edutokmotivation #ktm #fyp #fypシ

♬ Sepanjang Hidup (Vocals Only Version) – Maher Zain

Pelajar sedekah al-Quran, dapat respon positif daripada penumpang KTM

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang penumpang-penumpang memberikan respon positif serta mendengar penerangan pelajar berkenaan ketika menerima naskah kitab suci tersebut.

@hazim.aqil

Alhamdulillah, sangat menyentuh hati. Hebat guru-guru dan anak murid sekolah tersebut. Semoga semuanya dapat menjadi hafiz dan hafizah yang berjaya. #ktm #fyp

♬ original sound – GAJAH TERBANG – GAJAH TERBANG

 

Didoakan agar pelajar-pelajar berkenaan bergelar hafiz & hafizah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji program tersebut yang pasti membuatkan ramai sebak dan berharap supaya usaha berkenaan berterusan pada tahun-tahun hadapan.

Mereka juga mendoakan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam program terbabit dan rakan-rakan yang lain berjaya bergelar seorang hafiz serta hafizah pada masa akan datang.

image is not available

Sebak lihat video mereka edar al-Quran

image is not available

Bagus program macam ni

image is not available

Semoga adik2 semua berjaya dunia akhirat

image is not available

 

Sumber: TikTok hazim.aqil