Pelajar sekolah jadi mat rempit malam minggu

24 Nov 2026 • 8:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar sekolah jadi mat rempit malam minggu

SEREMBAN – Bukan sekadar berlumba, malah 13 ‘mat motor’ termasuk pelajar sekolah sanggup mengubah suai motosikal secara ekstrem sehingga mengabaikan aspek keselamatan.

Itu antara tindakan berbahaya dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi lumba haram bermula pukul 12.30 tengah malam di Jalan Persiaran Senawang di sini, Ahad lalu.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu berkata, seramai 13 lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun telah ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya dengan berlumba termasuk melakukan aksi superman dan ‘wheelie’.

“Kebanyakan penunggang motosikal yang ditahan ini merupakan pelajar sekolah dan pekerja p-hailing, malah sebanyak 120 kenderaan diperiksa dalam operasi itu dengan 13 motosikal diambil tindakan.

“Penunggang motosikal ini seolah-olah tidak takut apabila menjadikan jalan raya sebagai medan menguji keberanian, malah ada menunggang motosikal tanpa brek depan dan belakang,” katanya dalam sidang akhbar di sini petang tadi.

Jasyindar berkata, pihak JPJ Negeri Sembilan turut mengesan empat lokasi hotspot bagi pelumba motosikal di negeri ini iaitu Jalan Persiaran Senawang, Centrio Seremban, Dataran Nilai, dan Lebuh Raya Kajang – Seremban.

Menurut beliau, dalam operasi itu, sebanyak 271 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiga kes di bawah Seksyen 42A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) kerana berlumba, manakala empat kes di bawah Seksyen 42A(2) kerana menduga kelajuan.-KOSMO! ONLINE

The post Pelajar sekolah jadi mat rempit malam minggu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved