Pelajar Sekolah Rendah Malaysia Akan Diajar Mengenai Asas AI Bermula 2027

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelajar sekolah rendah di Malaysia akan diajar mengenai asas kecerdasan buatan (AI) bermula sesi persekolahan 2027. Antara modul yang diajar kelak ialah Fasih Digital yang merupakan salah satu daripada tujuh kepakaran yang perlu dikuasai pelajar sekolah.

image is not available

Kepakaran dalam AI dilihat sebagai perlu untuk tenaga kerja masa depan. Pengajaran dalam AI kemudian akan diteruskan di peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran sains komputer, teknologi maklumat dan komunikasi, serta reka bentuk dan teknologi.

Pengenalan bidang AI di peringkat awal kini dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan negara tidak akan ketinggalan. Pada waktu ini majoriti penyelidik peringkat tinggi dalam bidang AI berasal dari China. Di China pendedahan kepada bidang komputer dan AI telah dilakukan jauh lebih awal berbanding negara lain dan hasilnya dapat dilihat sekarang.