Ibu Dakwa Anak Dipeluk Dan Dicumb* Guru Matematik Hingga Tinggal Kesan Kemerahan Di Leher, Kini Disiasat Kes Bawah Umur

25 Mar 2024 • 9:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah guru wanita berstatus isteri orang dilaporkan bercinta dengan anak muridnya yang berusia 17 tahun.

Meskipun keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan polis dan pihak sekolah juga ada mengambil tindakan menukar tempat pengajaran, guru wanita itu dilaporkan tetap menganggu anak muridnya itu di luar kawasan sekolah.

Pendedahan kes berkenaan telah dibuat kakak pelajar lelaki tersebut dan ia turut menjadi tular di media sosial.

image is not available

Sumber : X  

Terbaru, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran memaklumkan pihak mereka ada menerima laporan gangguan seksual tersebut, baru-baru ini.

Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru matematik.

Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.

Ujar Wan Kamarul, pelajar itu juga mendakwa dirinya telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik yang berusia 37 tahun itu sehingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya.

Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Untuk Melindungi Individu Tertentu" - Kakak Pelajar Bercinta Dengan Guru Anak Lima Perjelas Tindakan Padam Hantaran Asal Setelah Tular