Pelajar serang guru di sekolah berdepan tiga pertuduhan

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar serang guru di sekolah berdepan tiga pertuduhan
Pelajar lelaki yang dipercayai menyerang seorang guru menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di sini pada bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching pada Isnin atas tiga pertuduhan.

KUCHING - Pelajar lelaki yang dipercayai menyerang seorang guru menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di sini pada bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching pada Isnin atas tiga pertuduhan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, pertuduhan terhadap remaja itu membabitkan kesalahan membawa senjata berbahaya, menyebabkan kecederaan dan memiliki bahan letupan.

"Pelajar berusia 16 tahun itu berdepan tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Dia hadir bersama ibu bapanya dan diwakili peguam. Tiada pengakuan direkodkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mahkamah turut membenarkan permohonan supaya remaja berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Sentosa, Kuching, mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

"Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.

Dalam pada itu, Saifullizan berkata, Polis Kontinjen Sarawak menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved