Pelajar SPM, STPM tiga sekolah terima sumbangan kalkulator

LocalPolitics
9 Nov 2025 • 10:46 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Seramai 455 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membabitkan tiga buah sekolah menengah di daerah ini menerima sumbangan kalkulator.

Menerusi jumlah penerima seramai 233 orang adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan, 122 orang pelajar SMK Nabawan II dan 100 orang pelajar SMK Sepulut.

Sumbangan berkenaan diberikan oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan Ag Azuan Pg Hamzah sempena Program Motivasi Kecemerlangan SPM serta STPM anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjasama Unit Pengajian Am SMK Nabawan.

Azuan ketika ditemui selepas program itu berberkata program seperti itu sememangnya amat penting dalam membina jati diri dan semangat belajar dalam kalangan pelajar khususnya buat calon pelajar SPM dan STPM.

Beliau berkata kejayaan tidak hanya diukur dengan keputusan peperiksaan, tetapi nilai diri, kejujuran dan semangat tidak mudah putus asa.

Tambahnya program diharap dapat menjadi titik permulaan untuk berubah ke arah yang lebih baik, fokus dan berdispilin.