SMA MAIWP & SMISTA: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2027

29 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP-KL), Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan (SMA-MAIWP-Labuan) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) bagi Tingkatan 1 2027 boleh dibuat mulai 1 Oktober 2026 (Khamis) menerusi pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Image from: SMA MAIWP & SMISTA: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2027

Mengenai SMA MAIWP & SMISTA

SMA MAIWP merupakan sekolah yang ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan.

Selepas penubuhan sekolah tersebut, MAIWP menubuhkan SMISTA yang mula beroperasi pada 3 Januari 2011.

Jika dilihat kepada objektif penubuhan sekolah ini pula, SMA MAIWP diwujudkan bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan selain menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

SMISTA pula diwujudkan bagi memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi Sains & Tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Bagi SMA MAIWP, kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) manakala kurikulum di SMISTA adalah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Image from: SMA MAIWP & SMISTA: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2027

Kemudahan SMA MAIWP & SMISTA

Antara kemudahan yang ditawarkan di sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Blok Akademik
  • Blok Asrama
  • Dewan Serbaguna
  • Auditorium
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer & Makmal Sains
  • Surau
  • Taman Riadah
  • Padang Bola Sepak, Gelanggang Futsal & Takraw
Image from: SMA MAIWP & SMISTA: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2027

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka adalah mulai 1 Oktober 2026 hingga 31 Oktober 2026.

Sekolah Yang Boleh Dipohon

Sekolah yang boleh dipohon untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur* (SMA-MAIWP-KL) – Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  • Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan* (SMA-MAIWP-LABUAN) – Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  • Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz* (SMISTA) – Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada murid bersekolah di Wilayah Persekutuan.
  3. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
  4. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
  5. Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
  6. Aktif dalam bidang kokurikulum.
  7. Lulus cemerlang temuduga kemasukan.

    Cara Memohon

    Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian di pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.

    Permohonan mestilah dibuat dalam tarikh permohonan yang telah ditetapkan.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan SMA MAIWP?

    SMA MAIWP ialah sekolah yang membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan selain menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

    Bilakah permohonan kemasukan ke sekolah ini bagi tahun 2027 boleh dilakukan?

    Permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2026 hingga 31 Oktober 2026.

    Apakah kurikulum yang digunakan di kedua-dua sekolah ini?

    Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

    Adakah murid yang memohon mestilah warganegara Malaysia?

    Ya. Murid yang memohon mestilah warganegara Malaysia.

    Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke sekolah ini?

    Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.

    Adakah permohonan kemasukan boleh dibuat secara manual?

    Tidak. Permohonan kemasukan mestilah dibuat menerusi laman web MAIWP.

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA , sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

    Baca juga: Permohonan Sekolah Model Khas KPM 2027 (Tahun 4, 5, & 6)

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved