Pelajar STAR raih dua anugerah utama di Shanghai, China

23 Oct 2024 • 2:25 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Muhamad Habil (tiga dari kiri) bergambar bersama lima pelajar STAR yang menjulang nama negara di pentas negara tembok besar.

Kesungguhan lima pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) melantunkan ucapan pada pertandingan 2024 Student Voice English Speech Competition berbaloi apabila membawa pulang dua anugerah.

Pada pertandingan pusingan akhir yang berlangsung di Shanghai, China, 11 hingga 14 Oktober lalu, lima pelajar STAR yang diiring seorang guru mendapat penajaan penuh oleh Petronas China dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Malaysia di Beijing, Kedutaan Malaysia di China dan The Shanghai Family.

Membawakan tema Transform Into Green, Thrive With Dream, pasukan STAR merangkul dua anugerah utama iaitu Pasukan Penyampai Terbaik (Ketagori Senior) dan Hadiah Guru Pengiring Terbaik.

image is not available
Muhamad Habil (kanan) sewaktu membentangkan mengenai penyertaan pelajar STAR di pentas 2024 Student Voice English Speech Competition, Shanghai, China.

Menariknya, pelajar yang mewakili negara menggayakan busana kebangsaan iaitu baju Melayu yang turut mendapat perhatian masyarakat China, sekali gus mempromosikan budaya Melayu di negara tembok besar itu.

Sementara itu, guru pengiring, Muhamad Habil Azman berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penajaan dan peluang yang diberikan kepada pelajarnya dalam pertandingan tersebut.

“Kelima-lima pelajar saya tidak melepaskan peluang ini dan kami berjaya membuktikan selain bertanding, STAR juga mampu mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia,” katanya.

image is not available


image is not available


image is not available