Pelajar STPM cemerlang di Sandakan kini boleh mohon insentif

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Insentif ‘High Achievers STPM 2023/2024’ oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong kini dibuka secara rasmi untuk permohonan.

Pelajar yang layak boleh memohon melalui borang Google yang disediakan.

Pelajar STPM 2023/2024 yang menetap di kawasan Parlimen Sandakan P186 dan memperoleh keputusan cemerlang dengan PNGK 3.7 ke atas, boleh memohon dengan melayari pautan berikut: https://tinyurl.com/highachieversSTPM2024, atau mengimbas kod QR yang tertera pada poster rasmi untuk mengisi maklumat yang diperlukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Julai (Isnin), jam 12 tengah hari. Penyerahan insentif akan dibuat pada 26 Julai (Sabtu) bersama dengan penyampaian insentif SPM.

Pelajar yang berjaya dan memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan mengenai waktu dan lokasi penyerahan melalui aplikasi WhatsApp.

Mereka juga akan diberitahu dokumen yang perlu dibawa semasa majlis penyerahan tersebut.

“Inisiatif ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada usaha gigih pelajar, tetapi juga sebagai penghormatan kepada pengorbanan ibu bapa, serta galakan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” kata Wong.