Pertimbang, segera bina hospital baharu di Libaran: MP

LocalHealth & Fitness
13 Jul 2025 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir mendesak agar cadangan pembinaan hospital baharu di Parlimen Libaran dipertimbang dan disegerakan oleh kerajaan berikutan masalah fasiliti awam yang semakin kritikal di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Menurut beliau, HDOK kini beroperasi di luar kapasiti asal dan tidak lagi mampu menampung beban pesakit yang bukan sahaja datang dari Sandakan, tetapi juga dari kawasan Libaran, Beluran, Telupid dan Kinabatangan.

“Wad pesakit sering penuh, kekurangan katil menjadi isu harian dan pesakit terpaksa menunggu lama atau ditempatkan di laluan koridor,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau turut menegaskan bahawa masalah tempat letak kenderaan di hospital tersebut juga semakin meruncing.