Pelajar tahfiz dapat 10A SPM bakal nikmati biasiswa penuh di UniKL & UPTM -Zahid Hamidi

LocalPolitics
17 May 2025 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelajar tahfiz yang memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan SPM bakal menerima biasiswa penuh sekiranya melanjutkan pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau Universiti Poly-Tech Mara (UPTM), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

image is not available

Pelajar tahfiz diberi keutamaan

Memetik laporan dari NST, beliau memberitahu cadangan ini akan dikemukakan kepada pihak pengurusan MARA dalam perbincangan bersama Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam masa terdekat.

“Biasiswa 100 peratus ini sudah pun dilaksanakan oleh Institut Pendidikan MARA (IPMA) untuk pelajar cemerlang, dan bagi pelajar UniKL serta UPTM, kita akan utamakan pelajar tahfiz tahun ini,”

“Selain menjadi huffaz atau penghafaz al-Quran, mereka juga akan menjadi golongan profesional selepas tamat pengajian,” katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Huffaz dan Anugerah Kecemerlangan Ulul Albab 2025 bagi Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di Hotel Mudzaffar.

image is not available

100 pelajar tahfiz Ulul Albab juga akan dihantar ke Mesir

Dalam pada itu, menerusi Facebook pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri berkenaan telah memberi kelulusan untuk menghantar 100 pelajar perubatan ke Universiti Al-Azhar Mesir dan pelajar Tahfiz Ulul-Albab menjadi keutamaan.

image is not available

Difahamkan, seramai 82 pelajar yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran tahun lalu, bersama 46 pelajar cemerlang SPM turut menerima sijil penghargaan dalam Majlis Graduasi Huffaz dan Anugerah Kecemerlangan Ulul Albab 2025

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Sekolah merangkap Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Prof Datuk Dr Mizan Hitam dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Sumber: NST (Amir Mamat), Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki