Pelajar Tingkatan 3 Jadi Mangsa Tindakan Keji Senior Di Sekolah, Kejadian Terbongkar Lepas Video Tular

LocalPolitics
11 Oct 2025 • 10:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Melampau dan tak terjangkau dek akal! Bagaimana pelajar Tingkatan Lima tergamak memperk*sa pelajar Tingkatan Tiga di dalam kelas di sekolah?

Macam tak percaya, tapi itulah kejadian yang berlaku di Alor Gajah Melaka melibatkan empat pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tak lama lagi.

Guru sedar kejadian menimpa mangsa lepas video tersebar

Namun sayangnya, akal fikiran yang cetek membuatkan mereka telah ditangkap dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, kejadian berlaku di kawasan sekolah pada awal bulan ini dan hanya terbongkar selepas guru memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai penyebaran video yang melibatkan anaknya.

Susulan itu, ibu mangsa segera membawa anaknya membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

image is not available

Menurut laporan lagi, mangsa dipercayai dirog*l dua pelajar senior di dalam kelas sambil kejadian dirakam dan dilihat dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit.

Sumber menyatakan, kejadian berlaku pada 2 Oktober kira-kira jam 2.50 petang.

Mangsa ketika itu ke kelas di tingkat 3 untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal.

Setibanya di kelas, mangsa melihat pelajar senior terbabit sedang menghendapnya dari celah pintu kelas.

Selepas mengambil barang, mangsa bergegas turun tangga namun suspek pertama tiba-tiba menggenggam tangan, menutup mulut serta menolaknya masuk ke kelas.

image is not available

Seorang lagi rakannya pula menjaga di kawasan tangga sebelum dua lagi pelajar lelaki lain berusia 17 tahun masuk ke dalam kelas melihat suspek pertama membogelkan mangsa dan merogolnya.

Suspek kedua turut memperk*sa mangsa manakala suspek ketiga merakam. Suspek keempat pula menjaga kawasan daripada pengetahuan pelajar lain atau guru.

Selepas kejadian, mangsa dilaporkan trauma, takut dan enggan ke sekolah. Kejadian diketahui ibu mangsa selepas mendapat maklumat daripada guru mengenai penyebaran video kejadian dalam kalangan suspek.

Kes kini disiasat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan, manakala semua pelajar terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini sedang menerima rawatan dan bimbingan bagi membantu proses pemulihan emosi serta mental.

Pssttt! Oh! Media berharap pelaku menerima hukuman setimpal dengan perbuatan keji mereka.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.

View Original Article