Pelajar Tingkatan 5 masuk hospital disyaki minum racun di sekolah

12 Jul 2026 • 7:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar Tingkatan 5 masuk hospital disyaki minum racun di sekolah
Polis berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan. Gambar hiasan

SUNGAI SIPUT - Seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 dimasukkan ke hospital selepas disyaki meminum bahan beracun dalam kawasan sebuah sekolah, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

“Kerjasama semua pihak diperlukan bagi menghormati privasi mangsa serta tidak mengganggu siasatan polis," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved