Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

6 Jul 2026 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis
Seorang pelajar Tingkatan Tiga cedera selepas ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.

BANTING - Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki menikam seorang pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku antara jam 9.30 hingga 10 pagi sebelum suspek berjaya ditahan pihak berkuasa.

"Setakat ini suspek telah ditangkap dan mangsa sudah dibawa ke hospital.

"Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal.

"Ibu bapa dan masyarakat diminta tidak panik sementara siasatan dijalankan polis,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia 15 tahun cedera di bahagian badan dan bahu selepas dipercayai ditikam dalam insiden berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 15 tahun dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu masuk utama sebelum insiden berlaku.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai bagaimana kejadian berlaku masih belum dapat diketahui.

Suspek juga dilaporkan telah ditenangkan oleh guru sekolah sebelum pihak polis tiba di lokasi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved