Lelaki maut dalam kemalangan dua kereta

8 Oct 2026 • 11:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut dalam kemalangan dua kereta

IPOH: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Kwan Yiu Young, 24.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.14 petang sebelum jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan Proton Saga yang sedang terbakar.

“Proton Saga berkenaan musnah kira-kira 90 peratus akibat kebakaran dan terdapat dua lelaki dalam setiap kenderaan.

“Mangsa yang berada di dalam kereta Honda Civic didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.08 petang,” katanya.

Operasi melibatkan tujuh anggota Balai Bomna dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dengan bantuan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu. – UTUSAN

 

The post Lelaki maut dalam kemalangan dua kereta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved