Pelajar Tingkatan Dua Direman! Berani Tumbuk, Ugut Guru Selepas Ditegur ‘Ponteng’ Kelas

LocalPolitics
30 Jul 2025 • 9:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Pelajar Tingkatan Dua Direman! Berani Tumbuk, Ugut Guru Selepas Ditegur 'Ponteng' Kelas

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan ugut guru dalam kejadian di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Kajang Prima, Kajang, pada Selasa.

Berani tumbuk, ugut guru

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku selepas pelajar tersebut tidak berpuas hati apabila ditegur guru lelaki berusia 29 tahun kerana ‘ponteng’ kelas Pendidikan Jasmani (PJ).

image is not available

Foto: Media sosial

“Susulan teguran itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum pelajar terbabit bertindak menumbuk muka guru berkenaan serta mengeluarkan ugutan.

“Kejadian itu turut disaksikan beberapa guru dan pelajar lain. Guru terbabit membuat laporan polis sekitar 7.15 malam semalam, sebelum suspek ditahan di sekitar Kajang,” katanya dalam kenyataan semalam.

image is not available

Foto: Media sosial

Tular video ugut guru

Naazron berkata, pelajar berkenaan direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, seorang pengguna Facbook, J RAfendy Abata memuat naik video kejadian tersebut memaparkan pelajar terbabit bertindak menumbuk guru berkenaan sehingga tular sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Sumber: Bernama