Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Sepupu Ketika 'Family Day'

29 Jul 2024 • 5:32 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Lelaki berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap sepupunya sehingga hamil lapan bulan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Mengikut fakta kes, mangsa mendakwa dia telah dirogol oleh tertuduh ketika mereka mengadakan Hari Keluarga di Mersing, Disember 2023.

image is not available

Enam bulan selepas kejadian itu, tertuduh bertandang ke rumahnya pada jam 9.30 malam, Jun lalu, di Kluang dan melakukan amang seksual terhadapnya.

Beberapa minggu kemudian, pelajar Tingkatan Dua itu mengadu sakit perut dan pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah
Khalsom.

Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan remaja itu hamil. Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis. Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan tertuduh pada 24 Julai lalu untuk membantu siasatan.

image is not available

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Hakim Abu Bakar Manat menetapkan tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh dan menetapkan 25 Ogos ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved