Pelajar Tingkatan 2 Rogol Sepupu Ketika Hari Keluarga, Mangsa Hamil

29 Jul 2024 • 3:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki yang disiasat berkaitan kes rogol sepupunya sehingga hamil lapan bulan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, di sebuah rumah di Kluang, bulan lalu.

Tertuduh berusia 21 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap sepupunya di rumah mangsa di Kluang, 9.30 malam, Jun lalu.