Pelajar Tingkatan Dua maut: Dua pelajar lelaki dihadapkan ke mahkamah

8 Oct 2026 • 9:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar Tingkatan Dua maut: Dua pelajar lelaki dihadapkan ke mahkamah
Kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu bakal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

KUALA PILAH - Dua pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kematian seorang pelajar Tingkatan Dua sekolah menengah di daerah ini tiba di Mahkamah Kuala Pilah, jam 8.45 pagi pada Khamis.

Kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu bakal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan pada 25 September kira-kira jam 8 malam sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved