Lagi kes pelajar cedera dipukul senior asrama di Kuala Pilah

8 Oct 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi kes pelajar cedera dipukul senior asrama di Kuala Pilah

KUALA PILAH – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun cedera dipercayai dipukul pelajar senior dalam kejadian di asrama sebuah sekolah di daerah ini pada 27 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.40 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja itu dipanggil ke sebuah bilik oleh pelajar senior berusia 16 tahun susulan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Semasa berada di dalam dorm, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut atau soft tissue injury.

“Pihak polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Muhamad Mustafah menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian berkenaan.- KOSMO! ONLINE

The post Lagi kes pelajar cedera dipukul senior asrama di Kuala Pilah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved